Sunday, 11 March 2012

Ekspedisi ke Gunung Kinabalu

Perjalanan ke Kota Kinabalu Park
    Seawal pagi jam 5.00 am, kami bertolak ke Kinabalu Park di Kundasang Ranau. Sememangnya perjalanan kesana terlalu sejuk pada waktu pagi. Sebelom bertolak perlu mengambil sarapan untuk mengelakkan sakit perut atau serangan gastrik.

Tempat bayaran masuk ke Kinabalu Park

    Sampai sahaja kami ke Kinabalu Park,kami perlu membayar tiket masuk terlebih dahulu. Rm 2.00 untuk dewasa dan rm1.00 untuk kanak-kanak.

Gunung Kinabalu dari Kinabalu Park



   Beginilah suasana semasa menunggu untuk memulakan ekspedisi mendaki. Sememangnya, pada masa ini masing-masing dengan debaran menunggu untuk memulakan ekspedisi mendaki..

Laluan Timpohon Gate

Guide sedang memberi penerangan

  Kami memulakan ekspedisi mendaki mengikut laluan yang sering digunakan iaitu Timpohon gates pada ketinggian 1866m dari puncak gunung. Sebelum kami memulakan ekspedisi mendaki, guide kami memberikan beberapa tips dan larangan yang perlu dan tidak boleh dilakukan sepanjang ekspedisi berjalan. Amat penting untuk mendengar penerangan dari guide kita.

Sepanjang ekspedisi mendaki
   Sepanjang ekspedisi mendaki, laluan awal pada mulanya seperti biasa dan mudah untuk dilalui. Namun semakin jauh perjalanan semakin sukar kerana ada laluan yang licin dan curam. Kami dinasihatkan sepanjang mendaki agar tidak membuat bising atau bercakap perkara yang tidak senonoh.Ekspedisi seperti laluan Laban Rata sememangnya menguji mental setiap pendaki.

Perjalanan menghampiri Laban Rata

Masa ini,ramai da pendaki yang tak sabar-sabar mau sampai kat Laban Rata. salah satu sebabnya Kelaparan dan Kepenatan...Hehehe

 Laban Rata Rest House

Tempat Makan Laban Rata

   Disini tempat kami berehat dan makan. Di Laban Rata sememangnya suhu dan cuaca sangat sejuk. sebaiknya minum lah minuman yang panas dan boleh membantu untuk menghangatkan badan. Sampai dekat Laban Rata ini sememangnya susah sangat mahu pergi mandi..sebab air kat sini sangat sejuk..boleh beku otak kalau cuci rambut..Tapi kebanyakkan pendaki jaranglah cuci rambut masa ini.

Suasana Ke Gunung Kinabalu

   
Perjalanan Ke puncak
   Pada keesokan paginya dalam jam 2.00 am.. kami meneruskan perjalanan ekspedisi ke Gunung Kinabalu. Pada waktu yang masih gelap dan berkabus, sememangnya lampu suluh memang penting. Laluan ke puncak gunung ada yang curang dan mencabar semua pendaki. Saya nasihatkan agar semua pendaki berhati-hati semasa melalui laluan yang sukar.

Puncak Gunung Kinabalu

   Puncak Gunung Kinabalu, merupakan satu ekspedisi yang paling mencabar dan menggembirakan saat menjejakkan kaki ke atas puncak. Terlalu banyak cabaran yang kami lalui,dan akhirnya kami berjaya sampai ke puncak. Walaupun terasa penat,namun kenangan yang indah semasa ekspedisi mendaki sangat bernilai.

   Sepanjang perjalanan turun,kaki kami mula terasa sakit. Namun perjalanan turun harus berhati-hati kerana takut kawasan curam. Sampai sahaja kami di Kinabalu Park,kami berehat sebentar dan makan tengahari. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu.




  Sesiapa yang berminat untuk mendaki Gunung  Kinabalu, Boleh lah email ke:
 
   flyborneo@mail.com

   Ataupun boleh buka website dibawah:

   www.flyborneo.com

   Kalau mahu hubungi pun boleh:
     +6 088-734125

                                                                                            +6 019 881 3072